Oftalmologi

Oftalmologi adalah cabang perubatan yang meliputi diagnosis dan rawatan masalah mata. Ini termasuklah masalah penglihatan, kecederaan, penyakit mata yang ringan seperti konjuktivitis, dan juga keadaan mata yang lebih serius yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan seperti kemerosotan makular dan glaukoma.

Pakar oftalmologi berupaya membuat penilaian dan menimbangkan risiko anda terhadap penyakit, memberi nasihat untuk pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya pada waktu yang tepat, dan menjalankan rawatan perubatan atau pembedahan. Berjumpa pakar oftalmologi lebih awal dapat membantu mencegah kemerosotan penglihatan dengan pengesanan awal dan rawatan yang sesuai.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

  • Masalah penglihatan (penglihatan semakin berkurang, bayang apungan (floater), kilatan cahaya, lingkaran berwarna keliling lampu, dan lain-lain)
  • Pemeriksaan mata yang komprehensif pada usia 40 tahun dan setiap 2-4 tahun sebaik anda berusia lebih 40 tahun
  • Mata juling atau mata malas
  • Diabetes
  • Sakit mata atau mata kering
  • Ada sejarah keluarga mempunyai penyakit mata
  • Masalah yang berkaitan dengan mata
  • Mata atau kulit di sekeliling mata menjadi merah, ada lelehan atau berair mata
  • Rawatan bagi penyakit mata yang didiagnosis seperti katarak dan glaukoma

Prosedur Biasa

  • Pembedahan Katarak
  • Pembedahan Kelopak Mata
  • Suntikan Intravitreus
  • Pembedahan Pterigium
  • Pembedahan Juling

Hubungi Kami Hari Ini!