Perubatan Feto Maternal

Perubatan Feto Maternal (MFM) adalah subpengkhususan obstetrik. Juga dikenali sebagai perinatologi, ia memfokus kepada penjagaan ibu dan janin bagi kehamilan berisiko tinggi. Pakar MFM mempunyai kepakaran dalam pendekatan terkini untuk mendiagnosis dan merawat wanita yang mengalami komplikasi kehamilan, selain menyaring dan mengurus ketidaknormalan genetik dan anomali (kejanggalan) pada janin.

Bila Perlu Dapatkan Rawatan

  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan sedia ada (seperti tekanan darah tinggi, diabets atau penyakit jantung)
  • Jika anda mengalami masalah kesihatan semasa hamil
  • Jika anda hamil kembar (kembar dua, tiga atau lebih)
  • Sejarah komplikasi berkaitan kehamilan (kelahiran pramatang, praeklampsia atau diabetes gestasi)
  • Jika anda pernah alami keguguran yang berulang-ulang
  • Untuk saringan dan pengurusan kecacatan kelahiran serta masalah genetik
  • Jika anda mempunyai komplikasi ketika bersalin
  • Jika ibu mengalami masalah kesihatan selepas kehamilan, seperti pendarahan berlebihan, jangkitan, atau tekanan darah tinggi
  • Untuk mengenalpasti risiko dan mendapatkan saranan bagi kehamilan akan datang

Doctors

Dr Tan Lee Na

Obstetrik dan Ginekologi
Maternal Fetal Medicine

Hubungi Kami Hari Ini!