Sunway Specialist Centre Damansara (SSCD) berfungsi sebagai pusat penjagaan ambulatori pertama di bawah Sunway Healthcare Group, salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. SSCD adalah pusat pakar pembedahan siang yang moden dengan pelbagai klinik pakar, diagnosis, perkhidmatan dan prosedur yang komprehensif di bawah satu bumbung. Jika anda mencari khidmat konsultasi, diagnosis, pencegahan atau rawatan yang tidak memerlukan anda untuk bermalam (kemasukan ke hospital), SSCD adalah jawapannya. Dengan pasukan kami yang komited, kami menawarkan modaliti rawatan yang komprehensif untuk keputusan kesihatan yang lebih baik.
Bertempat di dalam Sunway Nexis, yang terletak di perbandaran Kota Damansara yang semakin berkembang, SSCD berada dekat dengan Stesen MRT Surian, dan mudah diakses melalui lebuh raya NKVE, LDP dan SPRINT, dilengkapi banyak tempat letak kenderaan terlindung di dalam bangunan.
Mengapa Memilih Kami?
Klinik malam dibuka untuk keselesaan anda
Prosedur pembedahan pada waktu siang
Penjagaan kesihatan yang berkualiti dan selamat
Kos berpatutan
Kurang waktu menunggu dan memudahkan akses
Pasukan perubatan yang sangat berpengalaman dan berkelayakan
Kemudahan moden dengan teknologi perubatan yang canggih
Persekitaran yang selesa dan mesra keluarga
Galeri
Klinik Pakar Pesakit Luar
Klinik pakar yang bersih dan ceria yang memberikan keselesaan untuk konsultasi.
Zon Kanak-Kanak
Kesejahteraan ibu bapa dan kanak-kanak kecil juga diberikan perhatian dengan zon kanak-kanak yang ceria dan bilik bayi yang lengkap.
Bilik Bayi
Kesejahteraan ibu bapa dan kanak-kanak kecil juga diberikan perhatian dengan zon kanak-kanak yang ceria dan bilik bayi yang lengkap.
Bilik Pemeriksaan Mata
Bilik yang ceria dan luas untuk pemeriksaan, serta rawatan dan prosedur bukan pembedahan, dengan peralatan perubatan yang canggih.
Bilik Rawatan
Bilik yang ceria dan luas untuk pemeriksaan, serta rawatan dan prosedur bukan pembedahan, dengan peralatan perubatan yang canggih.
Bilik Prosedur
Bilik yang ceria dan luas untuk pemeriksaan, serta rawatan dan prosedur bukan pembedahan, dengan peralatan perubatan yang canggih.
Dewan Bedah
Prosedur pembedahan siang dilakukan dengan perhatian yang sama tahapnya seperti di hospital, dan menerima penjagaan peribadi di wad pembedahan siang kami sebelum anda pulang untuk menjalani proses pemulihan yang selesa di rumah sendiri.
Wad Pembedahan Siang

Makmal Ujian Point of Care (Makmal Ujian Berdekatan Pesakit)
Makmal ujian berdekatan pesakit kami membolehkan keputusan diagnosis lebih pantas yang membantu pesakit menerima rawatan yang lebih berkesan dan cekap.
Farmasi
Farmasi bersepadu memastikan akses segera kepada ubat-ubatan yang dipreskripsi, iaitu elemen penting untuk kejayaan rawatan.