Prosedur

Kolposkopi (dengan/tanpa biopsi)

Kolposkopi adalah prosedur ringkas di mana ‘kamera’ khas digunakan oleh doktor anda untuk memeriksa secara dekat bahagian serviks, vagina dan vulva. Tujuan utamanya adalah untuk mengenal pasti kawasan serviks yang kelihatan luar biasa. Doktor anda biasanya akan menganbil sampel (biopsi) dari kawasan yang kelihatan paling luar biasa. Sampel atau ‘biopsi’ ini akan dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Dari RM4,250

Kolposkopi & Eksisi Gelung Besar bagi Zon Transformasi (LLETZ)

Kolposkopi juga boleh menjadi prosedur melihat dan merawat. Jika ketidaknormalan dikesan semasa kolposkopi, doktor anda mungkin dapat membuang kawasan yang tidak normal menggunakan wayar halus yang dipanaskan secara elektronik. Ini dikenali sebagai eksisi gelung pada serviks anda atau LLETZ. Kelebihan rawatan ini adalah tisu tidak dimusnahkan. Ini membolehkan pihak makmal bukan sahaja dapat mengesahkan tahap perubahan sel, bahkan ia juga membantu kami memastikan semua kawasan yang tidak normal pada serviks anda telah dibuang.

Dari RM5,100

Histeroskopi (Diagnostik)

Histeroskop adalah kamera (skop) yang digunakan untuk memeriksa uterus. Ia adalah kamera nipis dan ringan, yang dimasukkan ke dalam uterus/rahim anda melalui vagina dan serviks. Ia membolehkan doktor anda untuk mengenalpasti punca masalah anda dan biopsi bersasaran pada lapisan uterus anda juga boleh dilakukan.

Dari RM9,350

Histeroskopi Terapeutik

Penggunaan histeroskopi juga boleh membantu pembedahan yang dilakukan dari dalam uterus. Pembuangan polip, fibroid dan jasad asing boleh dipermudahkan melalui histeroskop.

Dari RM5,950

Dilatasi dan Pengkuretan

Ini adalah prosedur di mana tisu dibuang dari dalam uterus (rahim) anda. Kami biasanya akan menjalankan prosedur ini untuk wanita yang mengalami haid yang banyak (untuk mengenalpasti punca pendarahan) atau bagi wanita yang keguguran (untuk mengeluarkan produk daripada kehamilan).

Dari RM2,000

Marsupialisasi Sista Bartholin atau Abses

Kelenjar Bartholin yang tersumbat memerlukan teknik pembedahan yang khas ini untuk mengurangkan berlakunya pengulangan. Sista atau abses akan dikeringkan dan rongganya  dibiarkan terbuka supaya badan boleh sembuh sebaiknya dari dalam.

Dari RM1,300

Memasukkan Alat/Sistem Intrauterin

Kemasukan alat intrauterin boleh digunakan untuk merawat haid yang banyak. Dalam 80% kes, wanita yang menggunakan alat ini boleh menjalani histerektomi (pembuangan rahim / uterus mereka). Alat ini boleh dimasukkan dalam sesi pesakit luar atau semasa prosedur histeroskop.

DariRM800

Hubungi Kami Hari Ini!