Dermatologi Paediatrik

Dermatologi paediatrik, satu subpengkhususan dermatologi, adalah diagnosis dan rawatan bagi masalah kulit bayi, kanak-kanak dan remaja. Dermatologi paediatrik merawat banyak masalah kulit yang cenderung berlaku pada kanak-kanak seperti jangkitan kulit, tahi lalat, tanda lahir, geligata, psoriasis, sista, ruam, ekzema, akne, dan ketuat. Walaupun kulit kita kelihatan serupa, kulit kanak-kanak mempunyai banyak ciri yang berbeza daripada kulit orang dewasa, oleh itu masalah kulit kanak-kanak mungkin perlu dirawat dengan cara yang berbeza juga. Tambahan pula, dermatologi paediatrik mempunyai kepakaran untuk membantu kanak-kanak berasa selesa apabila mereka diperiksa dan dirawat.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

  • Jika terdapat perubahan warna dan saiz tahi lalat
  • Jika terdapat benjolan lembut, ketuat, atau lain-lain ketumbuhan pada kulit anak anda
  • Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit kullit
  • Jika didapati ada tompokan pucat atau hilang pigmen kulit pada kulit anak anda
  • Jika anda dapati ada benjolan merah atau putih pada kulit anak anda
  • Jika anak anda mempunyai ruam yang gatal, biasanya petanda alahan atau ekzema
  • Jika anak anda mengalami jangkitan kulit akibat virus, bakteria atau fungus
  • Jika anak anda mempunyai akne, yang menjejaskan emosi dan keyakinannya
  • Jika anak anda mempunyai kulit kering atau merekah
  • Jika anak anda mempunyai kulit kasar dan berkeruping
  • Jika anak anda mempunyai ulser, kudis yang terluka atau lesi

Hubungi Kami Hari Ini!