Prosedur

Pembedahan Katarak

Pembedahan katarak adalah prosedur untuk mengeluarkan kanta mata anda yang telah menjadi kabur (katarak) dan menggantikannya dengan kanta tiruan untuk meningkatkan penglihatan. Ini adalah prosedur ringkas yang biasanya mengambil masa kira-kira 30 minit.

Dari RM2,999

Pembedahan Juling

Pembedahan juling, juga dikenali sebagai pembedahan otot mata atau pembedahan penjajaran mata, membetulkan salah jajaran mata dengan mengetatkan atau menggerakkan satu atau lebih otot yang bersambung ke mata.

Dari RM4,888

Pembedahan Pterigium

Pterigium adalah ketumbuhan tisu di hujung mata yang boleh sampai hingga ke kornea. Pembedahan dilakukan untuk membuang ketumbuhan ini jika ia mengganggu penglihatan. Tisu tidak normal akan dibuang dan digantikan dengan graf tisu normal yang nipis.

Dari RM3,400

Eksisi lesi kelopak mata

Lesi kelopak mata (bejolan dan bonggolan kelopak mata) adalah sangat biasa dan dalam kebanyakan kes, ia benigna dan tidak berbahaya. Insisi dilakukan di atas atau keliling kelopak mata atau di permukaan belakangnya, lesi akan dibuang dan insisi ini ditutup semula dengan jahitan yang sangat halus.

Dari RM3,400

Eksisi lesi konjunktiva

Konjunktiva adalah membran mukus yang nipis dan fleksibel yang menyediakan lapisan perlindungan kepada mata. Ketumbuhan tidak normal pada konjunktiva mungkin memerlukan eksisi pembedahan, biasanya dilakukan di bawah anestesia setempat, dan kemungkinan menggunakan krioterapi (rawatan pembekuan) untuk mengelakkan lesi merebak.

Dari RM3,400

Memeriksa dan memicagari duktus nasolakrima

Duktus nasolakrima (juga dipanggil duktus air mata) membawa air mata dari kantung lakrima mata ke dalam rongga hidung. Pemeriksaan duktus ini dilakukan untuk membuka injap di antara duktus nasolakrima dan hidung apabila ada bahagian tersumbat.

Dari RM3,400

Insisi dan pengkuretan kalazion

Kalazion adalah keradangan kelenjar sebum pada kelopak mata yang menyebabkan nodul keras, tidak menyakitkan di atas kelopak mata. Di bawah anestesia setempat, satu insisi dilakukan pada luaran atau dalaman kelopak mata untuk membuang kalazion ini.

Dari RM2,600

Pembuangan jasad asing pada kornea

Jasad asing pada kornea adalah objek seperti serpihan logam cukuran, kaca, kayu, plastik atau pasir, yang telah melekat di atas atau tertanam di kornea mata. Pembuangan jasad asing kornea ini adalah selamat dan sangat penting dilakukan tepat pada masanya untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mengancam penglihatan.

Dari RM5,100

Suntikan intravitreus

Suntikan ingtravitreus digunakan untuk memberikan ubat-ubatan bagi merawat pelbagai masalah retina seperti degenerasi makular berkaitan umur (AMD), retinopati diabetes dan makulopati, serta jangkitan di dalam mata seperti endoftalmitis. Jarum halus digunakan untuk menyuntik ubatan terus ke dalam ruang di belakang mata dipanggil rongga vitreus.

Dari RM3,400

Insisi dan saliran abses

Untuk abses di mana rawatan tuam hangat dan antibiotik tidak memperbaiki keadaan, prosedur insisi dan saliran mungkin akan disarankan. Ubat kebas akan disuntik ke kawasan yang terjejas, dan kemudian satu insisi kecil akan dilakukan supaya nanah di dalamnya mengalir keluar.

.

Dari RM4,250

Pemeriksaan di bawah anestesia

Pemeriksaan di bawah anestesia dijalankan apabila pakar oftalmologi perlu membuat  pemeriksaan menyeluruh pada mata, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil, di mana peralatan khas digunakan untuk mengukur dan melihat kawasan sekitar serta dalam mata. Walaupun prosedur ini tidak menyakitkan, ia lebih selamat dan mudah untuk pesakit apabila pemeriksaan menyeluruh ini dijalankan dengan pemberian anestesia.

Dari RM3,400

Doktor Pengelola

Dr Malisa Ami

Oftalmologi
Oftalmologi Paediatrik

Dr Yong Meng Hsien
Dr Yong Meng Hsien

Oftalmologi

Pakej & Promosi

Hubungi Kami Hari Ini!