Prosedur

Khatan

Khatan adalah pembedahan membuang kulup yang menutup hujung zakar dan sebahagian kelenjar. Berkhatan mempunyai beberapa kelebihan seperti lebih mudah menjaga kebersihan yang mengurangkan risiko jangkitan dan keradangan salur kecing serta dalam sesetengah laporan: kanser.

Dari RM2,600

Eksisi Benjolan Payudara

Pembedahan ini dilakukan untuk membuang tumor benigna seperti fibroadenoma, atau yang disyaki tumor malignan dalam payudara. Dijalankan di bawah anestesia (bius) am atau setempat, prosedur ini biasanya mengambil masa kira-kira sejam.

Dari RM3,400

Eksisi Lebar Benjolan Payudara

Eksisi besar dilakukan untuk membuang tumor bersama-sama dengan kawasan tisu payudara yang normal di sekelilingnya. Pembedahan ini biasanya dilakukan untuk pesakit dengan kanser payudara (lumpektomi), bagaimanapun ada beberapa bejolan bukan kanser yang mungkin perlu dibuang menggunakan prosedur ini.

Dari RM5,100

Pemulihan Hernia Inguinal

Hernia inguinal adalah apabila kandungan abdomen terjojol melalui kawasan yang lemah di dinding abdomen bawah, memasuki kawasan inguinal atau selangkang. Semasa pembedahan, tisu yang terjojol ini akan ditolak masuk kembali, dan jejaring akan diletakkan di dinding abdomen untuk menguatkan kawasan yang lemah.

Dari RM3,000

Sfinkterotomi Anus Lateral

Sfinkterotomi anus adalah prosedur untuk merawat fisur anus yang kronik. Insisi dilakukan dalam sfinkter anus dalaman untuk mengurangkan tekanan bagi menggalakkan penyembuhan. Pembedahan ini biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit, dan pesakit boleh kembali melakukan aktivitinya dalam masa seminggu.

Dari RM1,700

Eksisi Lipoma

Eksisi atau pembuangan lipoma (tumor lemak yang terletak betul-betul di bawah kulit) biasanya dilakukan di bawah anestesia setempat, sekawasan atau am. Satu insisi akan dibuat pada kulit di atas lipoma untuk mengeluarkan tumor. Selepas prosedur ini, pembalut tekanan akan diletakkan di atas jahitan, dan pesakit akan dibenarkan balik ke rumah dengan dibekalkan langkah-langkah penjagaan luka. Jahitan ini biasanya ditanggalkan selepas 7-14 hari.

.

Dari RM3,400

Eksisi Setempat Lesi Kulit

Eksisi lesi kulit biasanya dijalankan untuk membuang benjolan atau kawasan kulit yang malignan, atau berpotensi menjadi malignan. Dalam sesetengah kes, eksisi mungkin diminta jika lesi menyebabkan ketidakselesaan atau atas tujuan estetika. Anestesia setempat digunakan untuk membuatkan kawasan tersebut menjadi kebas sebelum memulakan prosedur.

Dari RM3,400

Biopsi Nodus Limfa

Biopsi nodus limfa dilakukan apabila sampel tisu nodus limfa diperlukan untuk mememeriksa tanda-tanda jangkitan atau penyakit. Biopsi nodus limfa boleh dilakukan dengan mengggunakan jarum halus, jarum teras atau biopsi terbuka.

Dari RM4,250

Eksisi Sista Sebum

Ini adalah prosedur biasa untuk membuang sista sebum sepenuhnya yang terdiri daripada benjolan mengandungi cecair atau separa cecair di bawah kulit yang disebabkan oleh kelenjar tersumbat atau folikel rambut membengkak.

Dari RM3,400

Pembuangan Jasad Asing

Jasad asing boleh tersekat di mana-mana anggota badan, seperti saluran udara, telinga, hidung, dan mata. Ini adalah kaedah biasa yang merangkumi penggunakan forsep, irigasi air, dan kateter penyedut.

Dari RM4,250

Pembuangan Ganglion / Fibroma

Ganglion (sista di bawah kulit yang mengandungi cecair serupa dengan cairan sendi) dan fibroma (tumor benigna yang terdiri terutamanya daripada tisu berserat), walaupun secara umumnya tidak berbahaya, boleh dibuang jika ia menyebabkan ketidakselesaan atau bagi tujuan kosmetik. Satu insisi akan dibuat pada kulit, di atas atau keliling sista/tumor, biasanya di bawah anestesia setempat. Sebaik dibuang seluruhnya, kawasan ini akan dijahit balik dan dibalut lukanya.

Dari RM3,400

Insisi & Saliran Abses

Prosedur ringkas di mana kulit dikebaskan dan satu insisi dibuat untuk mengalirkan nanah keluar daripada poket abses. Setelah nanah dikeluarkan, poket abses dibersihkan dengan larutan saline steril.

Dari RM3,400

Hemoroidektomi

Hemoroidektomi adalah pembedahan pembuangan hemoroid dalaman atau luaran yang besar atau teruk. Prosedur ini melibatkan eksisi di sekeliling hemoroid dan sebaik ia dibuang, kawasan yang dibedah boleh dibiarkan terbuka atau dijahit untuk menutupnya.

Dari RM5,100

Ligasi Hemoroid

Dilakukan pada hemoroid dalaman, di mana di dalam prosedur ini pangkal hemoroid akan diikat ketat untuk menyekat aliran darah. Ini akan menyebabkan hemoroid mengecut dan mengering, yang akhirnya akan tersingkir keluar daripada badan anda dengan sendiri.

Dari RM5,100

Doktor Pengelola

Dr Zamzuri Zakaria

Pembedahan Am
Pembedahan Payudara & Endokrin

Hubungi Kami Hari Ini!