Notis Perlindungan Data Peribadi Bagi Sunway Specialist Centre Sdn Bhd

Kumpulan Syarikat Sunway, termasuk Sunway Berhad, Sunway Healthcare Holdings Sdn Bhd, anak-anak Syarikat Sunway Healthcare Holdings Sdn Bhd, anak-anak syarikat Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd (“Sunway”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, “kami”, “kita” atau mana mana derivatif yang berkaitan merujuk kepada Sunway, dan “anda” dan “kamu” atau mana mana derivatif yang berkaitan merangkumi pihak ketiga yang data peribadinya telah anda berikan kepada Sunway.

 

Pengguna data anda ialah Sunway Specialist Centre Sdn Bhd.

 

Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal dan menerbitkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dibetulkan, disemak atau dikemaskini di laman sesawang kami atau melalui e-mel.

 

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan data peribadi anda kepada Sunway. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Sekiranya anda percaya kami mungkin mengumpul maklumat daripada atau tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan di bawah.

 

Sila ambil maklum bahawa data peribadi anda yang sensitif (contohnya data kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda) dan maklumat perubatan anda (contohnya sejarah perubatan pesakit, diagnosis, alergi) tidak akan dikongsi atau dizahirkan kepada mana-mana entiti melainkan di mana anda telah memberikan persetujuan bertulis anda.

 

1        Maklumat Peribadi

 

1.1        Jenis maklumat peribadi

 

Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan anda yang dikumpulkan atau diberikan kepada Sunway untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen2 di bawah.

 

Kami memproses maklumat peribadi yang dapat mengenal pasti anda yang mungkin merangkumi nama anda, nombor Kad Pengenalan, butiran kontak, butiran kewangan dan akaun bank, sejarah atau maklumat perubatan, maklumat mengenai keluarga anda, saudara-mara atau pihak ketiga yang anda berikan kepada kami, pilihan anda apabila membeli produk dan perkhidmatan yang anda beli dari kami, maklumat dalam format audio dan / atau video (termasuk suara, rakaman video, televisyen litar tutup (“CCTV”) dan rakaman keselamatan), gambar (termasuk gambar ), maklumat pengesanan lokasi / GPS, jenis maklumat lain seperti yang dinyatakan di pautan ini, dan semua maklumat lain yang anda diberikan kepada Sunway melalui saluran-saluran yang berikut:

 

(a)        Laman web Sunway dan laman web afiliasi Sunway;

(b)        Aplikasi mudah alih daripada Sunway;

(c)        Borang elektronik daripada Sunway;

(d)        Borang fizikal daripada Sunway;

(e)        E-mel; dan/atau

(f)         Media sosial dan platform komunikasi perutusan yang lain

 

1.2        Sumber maklumat peribadi

 

(i)         Pesakit atau bakal pesakit/pelanggan, ibu bapa atau penjaga kepada pesakit atau bakal pesakit: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada wakil di sisi undang-undang (ahli keluarga, waris kadim) ejen (cth. ejen pelancongan perubatan) dan / atau majikan anda, wakil di sisi undang-undang, ejen dan / atau majikan yang menghantar kepada kami pertanyaan yang lengkap, borang applikasi dan / atau boring pendaftaran melalui pelbagai cara, termasuk secara talian dan salinan keras di tempat-tempat awam atau di premis kami. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

 

(ii)         Perunding Bebas atau bakal perunding bebas: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada pengayau-pengayau apabila anda dan/atau pengayau-pengayau menghantar kepada kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan atau vitae kurikulum yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara atas talian dan salinan keras. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

 

(iii)        Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila menawar tender untuk projek-projek, apabila anda menghantar kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan kredit yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara online dan fizikal. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

 

1.3        Maklumat peribadi wajib

 

Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib tersebut, kami tidak akan dapat memproses permintaan anda dan/atau membekal perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.

 

2        Tujuan-tujuanpengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) maklumat peribadi anda

 

(i)         Kepada pesakit atau bakal pesakit / pelanggan, ibu bapa atau penjaga kepada pesakit atau bakal pesakit / pelanggan, perunding bebas atau bakal perunding bebas, penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:

  • untuk memproses produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta;
  • untuk memudahkan penglibatan anda dalam mana-mana pertandingan atau acara;
  • untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara kami;
  • untuk memudahkan amalan perubatan anda dalam Sunway, termasuk berkongsi data peribadi anda dengan perunding bebas lain dalam Sunway untuk tujuan tinjauan semula setara;
  • untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan amalan perubatan anda;
  • untuk memproses pemohonan akaun kredit anda;
  • untuk menilai kebolehpercayaan kredit anda;
  • untuk mentadbir dan melaksanakan transaksi komersial anda (pemberian tender, kontrak untuk perkhidmatan, perjanjian konsainan);
  • untuk memproses mana-mana bayaran yang berkenaan dengan anda;
  • untuk tujuan-tujuan insurans;
  • untuk mengendali premis kami dalam suatu cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan;
  • untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
  • untuk melakukan analisis statistik dalaman dan analisis kajian kes pesakit;
  • untuk menjalankan dan menyokong analisis pemasaran dalaman dan analisis mengenai corak / tabiat, pilihan dan hubungan pesakit / pelanggan dengan syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan Sunway;
  • dikumpul dan disimpan ke dalam repositori pusat yang dapat diakses oleh syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan yang berkaitan dengan Sunway;
  • untuk membuat dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
  • untuk memberi anda pengalaman pelanggan yang lebih lancar;
  • untuk menyokong penyelidikan dan inovasi produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data;
  • untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memadankan mata kesetiaan yang disediakan oleh pihak ketiga / rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway dalam menjalankan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
  • untuk membolehkan pihak ketiga menghubungi anda untuk kempen pengiklanan, promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
  • untuk memastikan kandungan di tapak web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway.

 

* Di mana anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran atau promosi daripada Sunway yang dikemaskini, anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi tersebut pada bila bila masa sahaja. Anda boleh memilih pilihan “berhenti melanggan (“unsubscribe”)” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh Sunway atau anda boleh menghubungi Sunway melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

 

Pemprosesan Analisis Data

 

Sunway ingin berkongsi dan menggabungkan data anda ke dalam satu platfom untuk dikongsikan ke seluruh Kumpulan Syarikat Sunway, termasuk Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd. Kami akan menggunakan dan berkongsi data anda untuk tujuan analisis dan pengukuran untuk memahami bagaimana produk dan perkhidmatan kami digunakan, untuk membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang lebih diperibadikan, dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar.

 

Sebagai contoh, kami menganalisis data mengenai pilihan dan keutamaan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda beli daripada kami untuk menghantar iklan dan bahan promosi yang disasarkan kepada anda. Kami juga memproses data mengenai iklan yang anda berinteraksi untuk membantu kami dan pengiklan memahami prestasi pelbagai kempen iklan.

 

 

3        Penzahiran maklumat peribadi

 

3.1        Entiti-entiti dalam Sunway

 

Maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami mungkin oleh dan dizahirkan kepada entiti (di dalam atau di luar Malaysia) di dalam Sunway Education Group, dan Sunway Healthcare Group, Kumpulan Syarikat Sunway (termasuk syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk, syarikat bersekutu dan rakan khidmat luaran) termasuk senarai entiti dalam Sunway Berhad [penyenaraian direktori korporat] dan Sunway Education Group Sdn Bhd [penyenaraian direktori korporat] untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan selanjutnya (termasuk menzahirkan) maklumat peribadi anda) di atas. Lebih-lebih lagi jika anda adalah pekerja kepada salah satu syarikat di dalam Sunway Education Group, Sunway Healthcare Group atau Kumpulan Syarikat Sunway.

 

Sunway akan memastikan bahawa:

 

  • akses ke maklumat peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan yang secara kontrak diminta untuk memproses maklumat peribadi anda sejajar dengan keperluan pekerjaan masing-masing.

 

3.2        Kelas pihak-pihak Ketiga

 

Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak atau perniagaan yang berkenaan, penyedia perkhidmatan kami atau untuk tujuan yang dinyatakan di Seksyen (2) (Tujuan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda) (termasuk menzahirkan dengan lebih lanjut) di atas (atau berkaitan langsung dengan tujuan tersebut). Pihak-pihak ketiga tersebut mungkin termasuk yang berikut:

 

(i)         Penasihat profesional dan penyedia perkhidmatan korporat, termasuk juruaudit, peguam, setiausaha syarikat dan perunding;

(ii)         Rakan-rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran;

(iii)        Pemproses pembayaran;

(iv)        Perkhidmatan awan dan pengehosan;

(v)        Perkhidmatan pelanggan dan komunikasi;

(vi)        Penyelidikan dan tinjauan pasaran;

(vii)       Rakan-rakan kongsi logistik dan perkapalan;

(viii)      Platform media sosial;

(ix)        Rakan-rakan kongsi perniagaan dan rangkaian ahli gabungang, termasuk hotel atau resort atau penyewa pusat membeli-belah;

(x)        Pembekal analisis dan penjejakan;

(xi)        Kedutaan asing (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan mereka) sekiranya Sunway membantu anda dalam pemohonan visa anda sebagai sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan yang anda minta;

(xii)       Pembekal perkhidmatan dan entiti yang lain, termasuk syarikat percetakan, penganjur persidangan/latihan/acara, agensi pelancongan, syarikat-syarikat insurans, syarikat utiliti, kontraktor, syarikat pengurusan hartanah atau agensi laporan kredit (pemungut hutang);

(xiii)      Agensi penguatkuasa undang-undang termasuk polis tempatan; dan

(xiv)      Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri termasuk Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, LDHN, KWSP, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, MHTC (Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia), PERKESO, Suruhanjaya Sekuriti, Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perangkaan;

(xv)       Badan akreditasi yang berkaitan seperti Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH);

(xvi)      Perunding bebas kami dan pakar dalam Sunway; dan

(xvii)     Dalam kes pemeriksaan kesihatan pra-perkerjaan, kepada majikan pesakit / bakal majikan

 

Sekiranya terdapat penjualan, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan atau penyusunan semula perniagaan yang kemungkinan, dicadangkan atau yang sebenarnya (“Transaksi”), maklumat peribadi anda mungkin diperlukan untuk dizahirkan atau dipindahkan ke pihak ketiga oleh sebab Transaksi tersebut. Anda dengan ini mengakui bahawa penzahiran dan pemindahan tersebut mungkin berlaku dan anda membenarkan Sunway melepaskan maklumat peribadi anda kepada pihak lain dan penasihat/wakilnya.

 

3.3        Pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia.

 

Besar kemungkinan untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika ada pihak ketiga yang disebut di Seksyen 3 (Penzahiran maklumat peribadi) di atas termasuk penyedia perkhidmatan kami atau rakan niaga yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada kami berada atau mempunyai kemudahan pemprosesan di negara-negara di luar Malaysia.

 

Anda bersetuju untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia kepada pihak ketiga tersebut dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan selanjutnya (termasuk menzahirkan) maklumat peribadi anda).

 

Kami akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga tersebut terikat secara kontrak untuk melindungi maklumat peribadi anda dan mereka hanya dapat memproses maklumat peribadi anda di bawah arahan kami.

 

4        Laman Web

 

4.1        Pautan ke laman-laman web yang lain

 

Pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, yang kami cadangkan anda menyemak sekiranya anda melawat mana-mana laman web pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.

 

 

4.2        Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi

 

Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang anda minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan boleh mematikan perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.

 

Beberapa aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami memberikan khidmat kepada anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin dapat memberi tahu kami tanpa nama, perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.

 

4.3        Kuki

 

Kuki mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Kuki ialah fail teks yang ditempatkan di dalam memori komputer dan/atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti anda apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan kuki untuk mengenal pasti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat ke tapak web dan/atau nama domain yang memenuhi syarat dari mana anda mengakses tapak  web kami, atau secara alternatif, alamat IP anda:

 

(i)         tarikh dan masa anda mengakses setiap halaman di tapak web kami;

(ii)         URL mana-mana lelaman web dari mana anda mengakses tapak sesawang kami (perujuk); dan

(iii)        pelayar web yang yang anda gunakan dan halaman yang anda akses. Beberapa tapak sesawang mungkin memerlukan anda memberikan sejumlah maklumat peribadi untuk menikmati perkhidmatan tertentu di tapak sesawang kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau menyampaikan perkhidmatan yang diminta

 

5        Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi

 

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda yang kami pegang (tertakhluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru kami meminta agar anda terus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda.

 

Jika anda ingin mengakses atau meminda maklumat peribadi anda, sila hubungi Pusat khidmat pelanggan Sunway atau emel pertanyaan anda kepada butiran yang tertera dalam Item 6 di bawah.

 

6        Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, menarik balik persetujuan, pertanyaan lanjut       dan aduan

 

Sekiranya:

 

(i)         anda ingin memperoleh maklumat lebih lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi;

(ii)         anda ingin meminta untuk menghadkan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi (sila ambil maklum bahawa kami mungkin mengekalkan data anda di mana ada asas undang-undang untuk membuat demikian atau dimana data anda perlu digunakan untuk rawatan perubatan yang berterusan dan perkhidmatan berkaitannya);

(iii)        anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut; atau

(iv)        anda ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi:

 

Ashwin Kumar

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Tel: 03-7491 1348

Alamat E-mel : [email protected]

Faks: 03-7491 1447

 

7        Keselamatan Data

 

Kami telah melaksanakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan prosedural yang munasabah untuk memastikan keselamatan data peribadi anda daripada kehilangan secara tidak sengaja dan daripada akses, penggunaan, perubahan dan penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja. Semua maklumat yang diberikan kepada kami telah disimpan di pelayan kami yang selamat. Langkah-langkah yang kami telah laksanakan termasuk yang berikut:

 

(a)        Mendaftarkan kakitangan kami yang menguruskan data peribadi dalam sistem/buku pendaftaran sebelum dibenarkan mengakses data peribadi;

(b)        Menamatkan hak akses kakitangan kami kepada data peribadi selepas kakitangan berhenti kerja, ditamatkan kontrak atau perjanjian, atau diselaraskan mengikut perubahan dalam Sunway;

(c)        Mengawal dan mengehadkan takat kuasa kakitangan kami untuk mengakses sistem data peribadi bagi tujuan mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi;

(d)        Menyediakan ID pengguna dan kata laluan untuk kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi;

(e)        Membatalkan ID pengguna dan kata laluan dengan serta-merta apabila kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi tidak lagi mengendalikan data peribadi;

(f)         Menetapkan prosedur keselamatan fizikal seperti yang berikut:

(i)         mengawal pergerakan keluar dan masuk ke tempat penyimpanan data;

(ii)         menyimpan data peribadi di lokasi yang bersesuaian iaitu selamat daripada ancaman fizikal atau semula jadi serta tidak terdedah;

(iii)        menyediakan kamera litar tertutup di tempat penyimpanan data (sekiranya perlu); dan

(iv)        menyediakan kawalan keselamatan dua puluh empat (24) jam sehari (sekiranya perlu)

(g)        Mengemas kini Sandaran/Sistem Pemulihan (“Back Up/Recovery System”) dan perisian anti-virus bagi melindungi data peribadi daripada insiden pencerobohan;

(h)        Melindungi sistem komputer daripada ancaman perisian perosak (”malware“) bagi mengelakkan serangan ke atas data peribadi;

(i)         Melarangkan pemindahan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;

(j)         Merekodkan sebarang pemindahan data peribadi yang menggunakan peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) melainkan dikecualikan dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;

(k)        Memastikan pemindahan data peribadi melalui perkhidmatan pengkomputeran awam (“cloud computing service”) mematuhi prinsip-prinsip perlindungan data peribadi di Malaysia, dan undang-undang perlindungan data peribadi di negara-negara lain;

(l)         Menyelenggara rekod akses ke atas data peribadi secara berkala dengan sempurna dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;

(m)       Memastikan semua kakitangan kami yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi sentiasa menjaga kerahsiaan data peribadi subjek data;

(n)        Mengadakan kontrak dengan pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk mengendalikan dan menjalankan akitviti pemprosesan data peribadi.

 

Kami juga memastikan bahawa mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyimpan atau memproses maklumat peribadi anda telah melaksanakan tahap keselamatan yang sama dan boleh diterima.

 

Walaubagaimanapun, penghantaran maklumat melalui internet adalah tidak selamat sepenuhya. Walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan maklumat peribadi anda yang dihantar melalui laman web kami.

 

 

 

 

8        Penyimpanan Data Peribadi

 

Kami akan memproses data peribadi anda selagi kami mempunyai asas undang-undang untuk membuat demikian. Maklumat peribadi anda akan disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dipadamkan.

 

Kami juga melaksanakan langkah-langkah yang berikut untuk pengurusan dan pemadaman data peribadi yang disimpan oleh kami:

 

(a)        Menyelenggara sistem untuk merekodkan pelupusan data peribadi secara berkala dengan sempurna dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;

(b)        Menyemak dan melupuskan semua data peribadi yang tidak diperlukan di dalam pangkalan data dari masa ke masa;

(c)        Menyediakan dan menyelenggara jadual pelupusan data peribadi untuk data yang tidak aktif bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan atau mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah “Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016”;

(d)        Melupuskan borang pengutan data peribadi yang digunakan untuk transaksi komersial dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari, melainkan borang tersebut mempunyai nilai perundangan yang berkaitan dengan transaksi komersial tersebut;

(e)        Melarangkan penyimpanan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi Sunway

 

9        Konflik

 

Sekiranya terdapat percanggahan antara Notis Perlindungan Data Peribadi bahasa Inggeris ini dan Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Malaysia, syarat-syarat dalam Notis bahasa Inggeris ini akan mengatasi Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Malaysia.

 

Notis Perlindungan Data Peribadi ini terakhir dikemaskini pada 3 Oktober 2023.