Fertiliti

Pakar fertiliti membantu pasangan untuk hamil apabila mengalami kesukaran hamil melalui kaedah semula jadi. Elemen penting yang boleh menyebabkan ketidaksuburan termasuklah umur, sejarah pembedahan pada organ reproduksi (pembuangan sista, kilasan testis atau trauma), sejarah kanser atau kemoterapi, sejarah haid yang menyakitkan atau didiagnosis mempunyai endometriosis.
Penilaian oleh pakar fertiliti kami boleh membantu menentukan punca sebenar dan menawarkan pilihan rawatan yang bersesuaian.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

  • Jika anda telah mencuba untuk hamil: 
    • sejak 12 bulan lalu jika pasangan wanita berusia kurang daripada 36 tahun.
    • sejak 6 bulan lalu jika pasangan wanita berusia lebih daripada 36 tahun.
  • Jika anda berumur 40 tahun atau lebih kerana kualiti dan kuantiti telur menurun, dan risiko untuk keguguran meningkat
  • Jika anda berminat untuk mengekalkan kesuburan dengan membekukan telur atau embrio
  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau berpanjangan seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, masalah genetik atau tiroid
  • Jika anda mempunyai haid yang tidak teratur dan/atau menyakitkan atau jika anda telah didiagnosis mengalami PCOS atau endometriosis
  • Jika anda telah mengalami keguguran sebanyak dua kali atau lebih
  • Jika anda tiada haid, haid tidak teratur, atau pendarahan yang banyak
  • Jika pasangan lelaki mempunyai masalah untuk mencapai atau mengekalkan ereksi

Hubungi Kami Hari Ini!