Obstetrik dan Ginekologi

Obstetrik membabitkan penjagaan wanita hamil daripada kehamilan sehinggalah kelahiran bayi dan selepas bersalin. Ini termasuklah pemeriksaan bayi yang sedang berkembang untuk kemungkinan kecacatan kromosom seperti sindrom Down selain pengesanan anomali (kejanggalan) struktur seperti bibir sumbing, memantau pertumbuhan dan perkembangan kehamilan anda serta memberikan sokongan selepas bersalin (contohnya sokongan penyusuan badan dan pengesanan isu kesihatan mental seperti kemurungan selepas bersalin). Sebarang masalah perubatan yang timbul ketika kehamilan seperti tekanan darah tinggi atau diabetes juga diuruskan oleh doktor O&G anda.

Ginekologi meliputi penjagaan dan rawatan kesihatan reproduksi wanita, merangkumi masalah haid dari akil baligh sehingga menopaus selain pemeriksaan dan rawatan untuk ketumbuhan benigna dan kanser organ reproduktif.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

  • Untuk ujian ginekologi tahunan
  • Untuk kaunseling / penilaian pra-kehamilan
  • Untuk penjagaan antenatal / kehamilan
  • Untuk penjagaan selepas bersalin
  • Untuk nasihat penyusuan badan
  • Untuk perancangan keluarga dan pencegahan kehamilan
  • Untuk penilaian dan penjagaan haid yang tidak teratur
  • Untuk penilaian dan penjagaan haid yang banyak
  • Untuk haid yang menyakitkan
  • Untuk saringan kanser serviks
  • Untuk fibroid
  • Untuk sista
  • Untuk menopaus
  • Untuk inkontinens urinari

Prosedur Biasa

  • Kolposkopi [Diagnostik]
  • Dilatasi dan pengkuretan [Keguguran, Pendarahan Tidak Normal, Patologi Endometriosis]
  • Histerologi [Diagnostik]
  • Reseksi Histerologi Polip & Fibroid
  • Insisi dan Saliran Abses Perineum atau Vulva
  • Memasukkan Alat Intrauterin [Pendarahan atau kontraseptif yang tidak normal]
  • Eksisi Gelung Besar Serviks [LLETZ]
  • Marsuapialisasi Sista Bartholin atau Abses

Hubungi Kami Hari Ini!