Telinga, Hidung, Tekak (ENT)

Pakar otorinolaringologi, yang lebih dikenali sebagai pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) adalah individu yang ditemui untuk mendiagnosis dan merawat penyakit serta gangguan pada telinga, hidung, tekak, kepala dan leher. Pendengaran, deria hidu dan pertuturan kita adalah fungsi asas dalam kehidupan, maka sangat penting untuk memberinya lebih penjagaan supaya tidak menjejaskan kualiti kehidupan kita.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

  • Jika anda ada simptom seperti hidung tersumbat dan berdarah, dan leher membengkak. Ini mungkin menandakan karsinoma nasofaringeal yang biasa dilihat pada penduduk Malaysia. Endoskop hidung boleh mengesan kanser lebih awal.
  • Jika anda mengalami sakit tekak atau suara serak yang berpanjangan; refluks yang kerap; mendapati ada benjolan pada mulut atau tekak; nafas berbau, mulut kering atau ulser lidah.
  • Jika anda mengalami jangkitan telinga; hilang pendengaran, pening, atau terdengar deringan di telinga; terasa sakit atau ada benjolan di leher; atau lain-lain ketidakselesaan di telinga, muka atau leher.
  • Jika anda mendapati sebarang ketumbuhan, bengkak atau sakit di sekitar kawasan kepala atau
  • Jika anda kerap bernafas melalui mulut; sukar untuk tidur atau bercakap; atau mengalami alahan, sakit kepala dan migrain.

Prosedur Biasa

  • Adenotonsilektomi (Kes Terpilih)
  • Biopsi Eksisi (Lesi Leher)
  • Miringotomi
  • Miringoplasti
  • Kauteri (Lecuhan) Hidung
  • Pembuangan Jasad Asing
  • Pembersihan Lelilin Telinga
  • Lidah Terikat

Hubungi Kami Hari Ini!