Prosedur
Pembahagian Lidah Terikat
Lidah terikat adalah keadaan yang ada pada bayi semasa kelahiran yang menyekat jarak pergerakan lidah. Pembahagian lidah terikat adalah prosedur yang cepat, mudah dan tidak menyakitkan yang melibatkan pemotongan frenulum lingual (kulit yang pendek dan tegang yang menyambungkan bahagian bawah lidah ke bahagian bawah mulut).
Dari RM3,400
Sisipan Miringotomi & Gromet
Miringotomi adalah prosedur pembedahan di mana hirisan kecil dilakukan pada gegendang telinga untuk melegakan tekanan yang disebabkan oleh pengumpulan cecair dalam telinga tengah, atau menyisipkan gromet. Gromet adalah tiub halus yang boleh dimasukkan ke dalam gegendang telinga untuk merawat masalah yang menjejaskan telinga tengah.
Dari RM4,250
Diatermi Turbinat / Septum
Salah satu daripada punca penyumbatan hidung yang paling lazim ialah hipertrofi turbinat (apabila satu atau lebih struktur kecil di dalam hidung anda yang membersihkan dan melembapkan udara ketika ia melalui lubang hidung anda masuk ke paru-paru, menjadi radang). Diatermi menggunakan tenaga haba untuk mengecutkan turbinat yang akan mengurangkan simptom.
Dari RM4,250
Pengurangan Keretakan Hidung
Prosedur untuk memperbaiki keretakan tulang hidung dengan menjajarkan atau menggerakkan tulang hidung yang teralih selepas kecederaan kembali ke tempat asalnya.
Dari RM5,100
Sedutan Pembersihan termasuk Menyingkirkan Jasad Asing
Sedutan digunakan untuk membersihan telinga tanpa menggunakan air, untuk menyingkirkan lelilin dan objek asing.
Dari RM4,250
Polipektomi / Biopsi Hidung
Polipektomi hidung adalah prosedur pembedahan untuk membuang polip yang ada di dalam saluran pernafasan. Endoskop akan digunakan jika polip lebih kecil dan terletak di bahagian atas rongga hidung atau sinus. Kaedah ini digunakan jika sampel tisu diperlukan untuk biopsi.
Dari RM5,100
Polipektomi Aural
Polipektomi aural adalah prosedur pembedahan untuk membuang polip aural yang tumbuh di saluran telinga luar atau telinga tengah.
Dari RM3,400
Nasoendoskopi / Nasofaringolaringoskopi Fleksibel
Nasoendoskopi, juga dikenali sebagai nasofaringolaringoskopi fleksibel, adalah prosedur diagnostik yang menggunakan endoskop fiber-optik yang fleksibel untuk memeriksa hidung, tekak, dan saluran udara.
Dari RM3,400
Kauteri (Lecuhan)
Kauteri (lecuhan) hidung dilakukan sama ada untuk menghentikan pendarahan hidung yang aktif atau menutup salur darah di hidung yang cenderung alami pendarahan. Peranti kimia atau elektrik diletakkan pada membran mukus dalam untuk menghentikan pendarahan.
Dari RM3,400
Eksisi Keloid / Sista
Prosedur pembedahan di mana insisi dilakukan untuk membuang keloid/sista sepenuhnya bagi mengelakkan ia berulang. Jenis anestesia (bius) yang digunakan akan bergantung kepada lokasi dan tahap keparahan lesi.
Dari RM4,250
Insisi dan Saliran
Insisi dan saliran melibatkan penggunakan skalpel untuk membuat torehan pada abses (bengkak bernanah). Ini membolehkan cecair nanah keluar dengan mengalirkannya melalui insisi.
Dari RM5,100
Pengecilan Turbinat
Pengecilan turbinat dilakukan untuk mengatasi masalah penyumbatan hidung dengan mengecilkan saiz turbinat yang membesar.
Dari RM4,250
Saliran Hematoma Septum
Hematoma septum adalah pengumpulan darah dalam septum hidung (bahagian hidung di antara lubang hidung), biasanya disebabkan kecederaan. Insisi dilakukan untuk mengalirkan hematoma bagi mencegah komplikasi selanjutnya.
Dari RM3,400
Tonsilektomi (sebahagian)
Tonsilektomi adalah pembedahan membuang tonsil (dua kelenjar kecil yang terletak di belakang tekak). Pembedahan ini dilakukan untuk menghilangkan masalah melibatkan tonsil termasuklah sakit tekak yang kronik dan berulang, pernafasan melalui mulut dan dengkuran, serta apnea tidur yang ringan.
Dari RM3,400
Adenoidektomi (sebahagian)
Adenoidektomi adalah pembedahan pembuangan adenoid (benjolan tisu yang kecil di belakang hidung, di atas lelangit mulut) yang menjadi besar akibat jangkitan atau alahan, dan dilakukan bagi pelbagai sebab termasuklah pernafasan melalui hidung terganggu, jangkitan telinga dan sinus, kesakitan telinga yang berulang, serta apnea tidur.
Dari RM3,400
Eksisi Biopsi Nodus Limfa
Eksisi biopsi membantu mencari punca nodus limfa menjadi besar. Semasa eksisi biopsi, nodus limfa yang membesar ini akan dibuang sepenuhnya, yang menyediakan cukup tisu untuk pakar patologi membuat penilaian.
Dari RM4,250
Eksisi Biopsi Lesi di Rongga Mulut
Eksisi biopsi melibatkan pembuangan keseluruhan lesi dan juga sedikit tisu yang sihat di sekelilingnya untuk mendiagnosis punca kehadiran tisu tidak normal dalam rongga mulut.
Dari RM3,400
Eksisi Sinus Praaurikel
Sinus praaurikel adalah kecacatan bentuk kongenital yang muncul sebagai satu lubang kecil atau lohong di hadapan telinga. Kebanyakan sinus praaurikel tidak menyebabkan simptom atau masalah kecuali jika ia dijangkiti. Apabila ada jangkitan berulang, eksisi atau pemotongan sinus ini mungkin diperlukan.
Dari RM3,400
Biopsi Jisim Nasofaringeal
Pemotongan sedikit sample tisu dari jisim yang berada di dalam nasofaring (bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran dengan pangkal tempurung kepala) untuk pemeriksaan lanjut di makmal.
Dari RM4,250
Miringoplasti (sebahagian)
Miringoplasti adalah prosedur yang menggunakan graf untuk menutup membran timpanum yang berlubang. Graf yang digunakan adalah graf lemak, kartilaj atau fascia temporalis.