Paediatrik

Paediatrik meliputi penjagaan kesihatan anak-anak anda, daripada yang baru lahir sehinggalah remaja berusia 16 tahun. Sama ada ia untuk pemeriksaan rutin atau prosedur, untuk penyakit atau kecederaan, paediatrik kami memahami pendekatan berbeza yang diperlukan bagi merawat kanak-kanak dan menawarkan sokongan buat ibu bapa.

Kunjungan berjumpa pakar paediatrik kami bersama anak yang lemah juga tidaklah membuatkan anda tertekan dengan kemudahan selesa yang mesra kanak-kanak seperti ruang bermain dan bilik bayi yang lengkap.

Bila Perlu Dapatkan Rawatan

  • Untuk pengurusan asma dan alahan
  • Untuk penjagaan kecemasan biasa (terapi nebuliser, rawatan reaksi alahan, mencuci dan membalut luka)
  • Untuk konsultasi penyusuan badan
  • Untuk nasihat penjagaan perkembangan dan tingkah laku
  • Untuk penilaian pertumbuhan dan perkembangan
  • Untuk prosedur makmal yang kecil (ujian darah untuk denggi, ujian flu, ujian najis untuk Rotavirus)
  • Untuk nasihat penjagaan bayi baru lahir dan bayi
  • Untuk vaksinasi kanak-kanak yang rutin dan disarankan
  • Untuk ubat-ubatan dan vaksinasi kembara
  • Untuk rawatan masalah kesihatan kanak-kanak yang biasa (demam, batuk dan selesema, muntah, cirit birit, ruam, masalah pernafasan, penyakit tangan kaki dan mulut)

Jangan teragak-agak untuk membuat temujanji dengan kami di Sunway Specialist Centre Damansara hari ini. Pakar kanak-kanak kami yang ramah gembira dapat membantu!

Pusat kami juga menawarkan perkhidmatan paediatric ophthalmology and paediatric dermatology

Hubungi Kami Hari Ini!