Sunway Specialist Centre Damansara (SSCD) berfungsi sebagai pusat penjagaan ambulatori pertama di bawah Sunway Healthcare Group, salah satu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Pusat kami dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden, disokong oleh pasukan penjagaan kesihatan profesional yang penyayang dan berpengalaman termasuklah perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat yang berdedikasi. Kesihatan dan kesejahteraan anda menjadi keutamaan kami, justeru kami berusaha untuk memberikan penjagaan berkualiti tinggi dalam persekitaran yang mesra dan selesa.